Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Maksud & Penggunaan Stop Loss


Apabila perlaburan anda jatuh di paras bawah harga stok yang anda target, penggunaan stop-loss dapat membantu mengurangkan kerugian anda.  
Sekiranya anda memasang stop-loss ia bermaksud anda mengarahkan broker untuk menjual trade apabila harga mencecah titik stop-lost yang anda pasang tadi. Tujuan stop-loss yang lebih jelas adalah - anda mahu keluar dari stok sebelum ia jatuh jauh lagi.

Contoh perintah stop-loss berfungsi seperti ini: 

Anda memasang trade bersama nilai stop-loss pada harga tertentu pada saham. Apabila atau jika, saham hits pada nilai stop-lost yang anda pasangkan tadi, perintah stop-loss anda menjadi perintah pasaran, yang bermaksud broker anda menjual saham pada harga pasaran yang sedia ada. Ini dapat menghindarkan daripada anda menanggung kerugian yang lebih banyak.

"you will know the importance of stop-loss when you lose"

Maksud Pip dalam Forex


Adalah sangat penting bahawa anda memahami apakah pip dalam perdagangan Forex kerana anda akan menggunakan pips dalam mengira keuntungan dan kerugian anda. Pip bermaksud Percentage In Point, dimana ia juga dikenali sebagai "point". Pip adalah pergerakan harga yang terkecil pada matawang yang didagangkan.

Bagi kebanyakan mata wang, pip adalah 0,0001 atau 1/100 daripada satu sen. Anda mungkin berfikir pip adalah nilai yang amat rendah. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira bahawa kebanyakan mata wang didagangkan sebanyak $ 100 000. Bagi jumlah itu, pip adalah $ 10.

Contohnya, apabila mata wang bergerak dari nilai 1,4511 hingga 1,4514, ia hanya terdapat perbezaan 3 pips sahaja. Apabila pip mempunyai nilai sebanyak $ 10, anda telah mendapat $ 30 hasil dari perbezaan 3 pips tadi..

Terdapat pengecualian bagi sebut harga untuk Yen Jepun berbanding mata wang lain. Bagi mata wang berhubung dengan Yen Jepun pip adalah 0.01 atau 1 peratus. Kemudian jika anda berdagang USD / JPY dalam $ 100 000 lot, satu pip akan bersamaan $ 1000.

5 CARA UNTUK BEGINNER MELABUR FOREX DENGAN SELAMAT

Sebelum melakukan perdagangan (trade) forex yang pertama, lazimnya pedagang (traders) akan memilih jalan yang selamat dengan mengikuti beberapa langkah berikut.

1. Memilih Broker

Membuat keputusan menggunakan khidmat broker adalah pilihan peribadi setiap trader. Ia adalah penting untuk mengkaji dan membandingkan broker - broker dengan teliti dan memilih salah satu yang membuatkan anda rasa paling selesa dan mudah untuk bertindak.


2. Buka Akaun Demo

Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan dimana broker manakah yang sesuai dan terbaik, ia adalah masa untuk membuka akaun demo. Kebanyakan broker akan menawarkan sekurang-kurangnya percubaan 30 hari platform dagangan. Broker memberi anda peluang untuk berdagang di platform menggunakan wang maya untuk bermain. Menggunakan akaun demo adalah peluang yang baik untuk memastikan bahawa anda berasa selesa menggunakan  alat perdagangan broker atau Broker Trading Tools. Anda tidak digalakkan trade dengan wang sebenar tanpa selesa sepenuhnya dengan platform trading. Satu akaun demo bukan sahaja akan membantu anda mendapatkan keserasian bagaimana untuk menggunakan Broker Trading Tools, tetapi juga perdagangan pasaran dalam masa sebenar. Dimana carta yang digunakan pada akaun demo adalah sama seperti carta sebenar.


3. Belajar Tentang Leverage


Perdagangan Forex biasanya dijalankan menggunakan leverage, atau perdagangan pada margin. Margin adalah alat yang berguna, tetapi ia boleh menjadi amat berbahaya jika ia tidak digunakan dengan betul. Broker Forex biasanya menawarkan mana-mana dari 50:1 leverage sehingga 400:1 leverage. Semakin tinggi nombor, kurang wang diperlukan untuk meletakkan pada perdagangan besar. Penggunaan leverage adalah sesuatu yang perlu dijaga dengan rapi.

4. Latihan Membaca Carta (Chart Reading)

Sebelum anda mula membuat perdagangan anda perlu membiasakan diri dengan carta dan bagaimana carta berfungsi. Ia adalah idea yang baik untuk membiasakan diri dengan bingkai masa (time frames) yang berbeza dan pelbagai jenis carta. Bingkai masa yang lebih singkat akan memberi anda idea tentang bagaimana pasaran bergerak dari minit ke minit. Bingkai masa yang lebih lama boleh menunjukkan kepada anda bagaimana pasaran bergerak dalam tempoh yang lebih lama dan akan menunjukkan trend yang lebih besar. Kebanyakan perisian akan menawarkan carta sebagai garisan, candlestick, atau bar. Anda perlu mengambil banyak masa untuk mencuba dan membezakan pelbagai bingkai masa untuk mencari gaya atau cara anda sendiri.

5. Trade Secara Langsung

Perdagangan pertama adalah satu pengalaman yang mendebarkan dan sangat menarik. Akaun demo telah menyediakan aspek teknikal perdagangan seperti wang maya, tetapi apabila wang sebenar di trade secara langsung, emosi akan mula bermain. Amat penting sekiranya anda mempunyai tahap permainan yang sudah disematkan dalam kepala dan melakukan yang terbaik untuk berdagang dengan kaedah yang sama yang anda diamalkan di akaun demo. Trading boleh menjadi sukar, tetapi jika anda menguasai emosi anda dan menggunakan pengurusan wang yang cekap, apa-apa kemungkinan akan berlaku selepas langkah ini. Jika pada perdagangan pertama anda kehilangan wang, jangan putus asa, teruskan menganalisis serta mengkaji, dan cuba lagi.

Dagangan Forex adalah pengalaman pembelajaran yang berterusan. Kesilapan Dagangan boleh menjadikan ia terlalu mahal. Jika anda belajar dari kesilapan dan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan diri pada masa hadapan, anda boleh menjadi peniaga forex yang sangat berjaya.

Problem: Nokia N9 can't use camera while connected to computer (Solved)



Nokia N9 Can't use the camera while you're connected to your computer (Solved)


Here Solution Tested:
- Connect Usb To Computer.
- Select Mass Storage To Phone.
- And Format The Drive.
- And Restart Your Phone.

If Problem Still Reset Your Phone From Phone Setting.

                        


Begini Caranya:
- Sambungkan USB dari telefon anda ke komputer.
- Pilih Mass Storage pada pilihan di telefon anda.
- Seterusnya pilih Format The Drive pada paparan yang keluar pada komputer anda.
- Akhir sekali matikan telefon anda dan hidupkan semula.

**Sekiranya masalah masih belum selesai, sila reset telefon anda. Sebelum reset pastikan anda sudah membuat salinan kepada dokumen - dokumen penting yang terdapat di telefon anda.

Dapatkan Pengecas Bateri Universal Dual-Port Power Bank Dengan Harga Yang Paling Rendah!

Nikmati potongan harga 64% untuk 20,000 mAh Universal Dual-Port Power Bank dari Kedai Infinity Labelle sekarang. 

Kini anda boleh mengecas apa sahaja! 


Pernahkah anda terkandas di tempat ganjil dan telefon anda telah kehabisan bateri? Dengan Universal Dual-Port Power Bank dari Kedai Infinity Labelle, kini anda boleh pergi untuk percutian atau perjalanan hari yang panjang tanpa perlu bimbang tentang telefon mati! Lebih baik lagi, ia datang dengan dwi ports supaya anda boleh mengecas telefon serta tablet anda sekali!

Untuk masa yang terhad sahaja, dapatkan Universal Dual-Port Power Bank untuk potongan harga 64%! Jangan lupa untuk memberitahu rakan-rakan anda tentang perkara ini supaya anda boleh berkongsi faedah Universal Dual-Port Power Bank ini.


** Masalah kehabisan bateri pada telefon pintar anda boleh diatasi sekarang dengan Universal Dual-Port Power Bank ini.

CARA TAMBAH PENDAPATAN DENGAN iPANEL.COM


Hanya beberapa langkah mudah anda boleh menambah nilai pendapatan anda! 


Sertai iPanel.com untuk mendapatkan cara mudah menambah pendapatan anda. iPanel.com adalah sebuah website penganalisa kaji selidik. iPanel adalah sebuah organisasi yang bertapak di Malaysia dan iPanel juga mengajak anda untuk menyertai program tersebut dengan hanya membuat survey atau kaji selidik. Kaji selidik tersebut adalah disediakan oleh pihak iPanel dan anda hanya perlu mengisi tempat kosong sahaja. 

Anda akan dibayar mengikut jumlah survey yang anda lakukan dan pembayaran akan dilakukan dengan menggunakan PayPal. Mudah sahaja, dengan mendaftar sebagai ahli iPanel, anda boleh terus melakukan kaji selidik yang telah disediakan. Nilai pembayaran akan dikumpulkan sehingga RM 5 atau lebih, dan pembayaran akan dimasukkan ke akaun anda. 

Sertai sekarang dengan mendaftar di iPanel.com sebagai ahli. 



CARA BACK UP TELEFON PINTAR SAMSUNG


Bagi membuat salinan data dalam telefon anda atau "back up" bagi telefon pintar Samsung, anda perlu mempunyai Samsung Kies. Penyalinan data seperti ini amat penting sekiranya anda ingin mengemaskini firmware, tukar OS (Operating System) dan sebagainya.


Anda boleh mendapatkan Samsung Kies disini.

Seterusnya gunakan kabel USB untuk sambungkan telefon pintar anda dengan PC. Secara automatik Kies akan "running" sekiranya Kies dapat mengesan telefon pintar anda. Sekiranya Kies gagal untuk mengesan, tekan butang Troubleshooting pada paparan aplikasi Kies dan ikuti proses seterusnya.

Setelah Kies berjaya mengesan telefon pintar anda, tekan butang Back up/Restore dan tandakan ruangan yang anda ingin membuat salinan contohnya Music, Contact, Photos dan sebagainya.



**Kies hanya membuat salinan data yang disimpan dalam memori dalaman (internal memory) sahaja.


Tekan butang Back Up dan proses penyalinan(back up) bermula.


Setelah selesai tekan butang Complete. Dan telefon pintar anda sudahpun mempunyai salinan. Sekiranya ingin kembalikan semula data tekan butang Restore.


CARA KETENGAHKAN WIDGET (CENTER WIDGET)


Mudah saja dengan menambah kod didepan widget <center> dan diakhir kod widget anda dengan  </center>. 

Contoh: 


**Gantikan kod berwarna biru dengan kod widget anda.


GUNA UPLOADINGIT.COM SEBAGAI HOS PENYIMPANAN (HOSTING FILE)


Hosting File atau hos penyimpanan fail amat penting untuk membantu menyimpan data, fail dan sebagainya. Pemilihan Hosting File ini juga amat penting kerana setiap Hosting File mempunya terma dan syarat yang berbeza serta menawarkan perkhidmatan yang berlainan. Prosedur yang ketat juga diambil kira sebagai satu masalah bagi sesetengah pengguna. Juteru itu, saya menggalakkan anda menggunakan servis  Hosting File yang disediakan oleh Uploadingit.com.

Uploadingit.com menawarkan servis memuat naik, memuat turun, mengurus dan berkongsi imej, video dan dokumen dengan mudah. Dengan pelan percuma dan berbayar yang terdiri daripada 10 GB hingga 100 GB ruang cakera anda telah mendapat pelan yang sempurna untuk keperluan hosting fail anda. Uploadingit.com mempunyai kapasiti rangkaian untuk berkhidmat berjuta-juta fail sehari, supaya anda boleh pasti anda akan tidak mempunyai masalah mengakses fail anda.

Pendaftaran bagi Uploadingit.com juga tidak susah kerana anda hanya perlu mengisi nama pengguna, email dan password sahaja dan anda telah mempunyai akaun. Apabila anda memuat naik sesuatu dokumen atau sebagainya, Uploadingit.com akan menyediakan pautan direct link, BB embed, HTML embed, Large Thumbnail dan Small Thumbnail untuk setiap dokumen atau sebagainya. 


BINA APLIKASI ANDROID SECARA PERCUMA TANPA PENGKODAN


Penggunaan aplikasi Android semakin maju dan pengguna Android juga semakin ramai. Bina aplikasi Android untuk blog/website atau apa sahaja dengan percuma dan tanpa pengkodan. Penggunaan aplikasi ini juga membantu anda untuk menaikkan traffic di blog/website anda. Selain itu, ia membantu menambah pendapatan anda dengan memaparkan iklan pada aplikasi anda. 

Hanya dengan beberapa langkah sahaja dan anda sudah mempunyai sebuah aplikasi sendiri!


Langkah 1: Pergi ke website http://www.appsgeyser.com dan klik pada butang Create Now!

Langkah 2: Pilih sama ada anda ingin membina aplikasi berdasarkan Website, Kod HTML atau YouTube Video. (sekiranya anda ingin membina aplikasi berdasarkan blog atau website anda, pilih butang Website)


Langkah 3: Isi butiran dan maklumat tentang blog/website anda.

Langkah 4: Sekiranya anda ingin membina tambahan tab pada aplikasi anda, klik pada pilihan EDIT, dan tekan butang ADD TAB.


Langkah 5: Klik pada pilihan DASHBOARD untuk download aplikasi anda. Paparkan download link yang telah disediakan pada laman sosial anda untuk memudahkan pengguna mendapatkan aplikasi Android anda. Atau paparkan kod QR yang disediakan.


**Sekiranya anda menggunakan telefon pintar anda untuk memuat turun aplikasi, pastikan anda telah tandakan ruangan membenarkan pemasangan daripada aplikasi bukan pasaran (allow installation of non-market application) di Setting+Applications.