Maksud Pip dalam Forex


Adalah sangat penting bahawa anda memahami apakah pip dalam perdagangan Forex kerana anda akan menggunakan pips dalam mengira keuntungan dan kerugian anda. Pip bermaksud Percentage In Point, dimana ia juga dikenali sebagai "point". Pip adalah pergerakan harga yang terkecil pada matawang yang didagangkan.

Bagi kebanyakan mata wang, pip adalah 0,0001 atau 1/100 daripada satu sen. Anda mungkin berfikir pip adalah nilai yang amat rendah. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira bahawa kebanyakan mata wang didagangkan sebanyak $ 100 000. Bagi jumlah itu, pip adalah $ 10.

Contohnya, apabila mata wang bergerak dari nilai 1,4511 hingga 1,4514, ia hanya terdapat perbezaan 3 pips sahaja. Apabila pip mempunyai nilai sebanyak $ 10, anda telah mendapat $ 30 hasil dari perbezaan 3 pips tadi..

Terdapat pengecualian bagi sebut harga untuk Yen Jepun berbanding mata wang lain. Bagi mata wang berhubung dengan Yen Jepun pip adalah 0.01 atau 1 peratus. Kemudian jika anda berdagang USD / JPY dalam $ 100 000 lot, satu pip akan bersamaan $ 1000.