Maksud & Penggunaan Stop Loss


Apabila perlaburan anda jatuh di paras bawah harga stok yang anda target, penggunaan stop-loss dapat membantu mengurangkan kerugian anda.  
Sekiranya anda memasang stop-loss ia bermaksud anda mengarahkan broker untuk menjual trade apabila harga mencecah titik stop-lost yang anda pasang tadi. Tujuan stop-loss yang lebih jelas adalah - anda mahu keluar dari stok sebelum ia jatuh jauh lagi.

Contoh perintah stop-loss berfungsi seperti ini: 

Anda memasang trade bersama nilai stop-loss pada harga tertentu pada saham. Apabila atau jika, saham hits pada nilai stop-lost yang anda pasangkan tadi, perintah stop-loss anda menjadi perintah pasaran, yang bermaksud broker anda menjual saham pada harga pasaran yang sedia ada. Ini dapat menghindarkan daripada anda menanggung kerugian yang lebih banyak.

"you will know the importance of stop-loss when you lose"