CARA BACK UP TELEFON PINTAR SAMSUNG


Bagi membuat salinan data dalam telefon anda atau "back up" bagi telefon pintar Samsung, anda perlu mempunyai Samsung Kies. Penyalinan data seperti ini amat penting sekiranya anda ingin mengemaskini firmware, tukar OS (Operating System) dan sebagainya.


Anda boleh mendapatkan Samsung Kies disini.

Seterusnya gunakan kabel USB untuk sambungkan telefon pintar anda dengan PC. Secara automatik Kies akan "running" sekiranya Kies dapat mengesan telefon pintar anda. Sekiranya Kies gagal untuk mengesan, tekan butang Troubleshooting pada paparan aplikasi Kies dan ikuti proses seterusnya.

Setelah Kies berjaya mengesan telefon pintar anda, tekan butang Back up/Restore dan tandakan ruangan yang anda ingin membuat salinan contohnya Music, Contact, Photos dan sebagainya.



**Kies hanya membuat salinan data yang disimpan dalam memori dalaman (internal memory) sahaja.


Tekan butang Back Up dan proses penyalinan(back up) bermula.


Setelah selesai tekan butang Complete. Dan telefon pintar anda sudahpun mempunyai salinan. Sekiranya ingin kembalikan semula data tekan butang Restore.