BINA APLIKASI ANDROID SECARA PERCUMA TANPA PENGKODAN


Penggunaan aplikasi Android semakin maju dan pengguna Android juga semakin ramai. Bina aplikasi Android untuk blog/website atau apa sahaja dengan percuma dan tanpa pengkodan. Penggunaan aplikasi ini juga membantu anda untuk menaikkan traffic di blog/website anda. Selain itu, ia membantu menambah pendapatan anda dengan memaparkan iklan pada aplikasi anda. 

Hanya dengan beberapa langkah sahaja dan anda sudah mempunyai sebuah aplikasi sendiri!


Langkah 1: Pergi ke website http://www.appsgeyser.com dan klik pada butang Create Now!

Langkah 2: Pilih sama ada anda ingin membina aplikasi berdasarkan Website, Kod HTML atau YouTube Video. (sekiranya anda ingin membina aplikasi berdasarkan blog atau website anda, pilih butang Website)


Langkah 3: Isi butiran dan maklumat tentang blog/website anda.

Langkah 4: Sekiranya anda ingin membina tambahan tab pada aplikasi anda, klik pada pilihan EDIT, dan tekan butang ADD TAB.


Langkah 5: Klik pada pilihan DASHBOARD untuk download aplikasi anda. Paparkan download link yang telah disediakan pada laman sosial anda untuk memudahkan pengguna mendapatkan aplikasi Android anda. Atau paparkan kod QR yang disediakan.


**Sekiranya anda menggunakan telefon pintar anda untuk memuat turun aplikasi, pastikan anda telah tandakan ruangan membenarkan pemasangan daripada aplikasi bukan pasaran (allow installation of non-market application) di Setting+Applications.