Platform Forex Untuk Beginner

Terdapat banyak platform yang di cipta bagi memudahkan pelaburan forex. Namun tidak semuanya dicipta secara lengkap menyeluruh dan pelbagai guna. Ianya dicipta bagi memenuhi kehendak atau tahap muatan aplikasi tersebut. Lazimnya kemudahan yang paling penting dalam platform forex ini adalah No Dealing Desk, Active Trader Services, Trading Form Charts dan Alerts. Sekiranya kesemua kriteria ini mencukupi, adalah bermaksud platform tersebut sesuai untuk digunakan bagi beginner mahupun pro. 

Platform forex boleh didapati dalam bentuk aplikasi komputer, website dan aplikasi telefon pintar. Dengan adanya kemudahan ini, anda boleh melakukan pelaburan dengan hanya perlu mendapatkan capaian internet sahaja. Terdapat juga platform yang mempunyai analisis yang dicipta platform itu sendiri, mempunyai rangkaian berita semasa dan sebagainya. Ini merupakan advantage dalam pemilihan platform forex.

Hampir kesemua platform forex menyediakan latihan untuk beginner dengan menggunakan Demo Account. Penggunaan demo account ini, amatlah bijak bagi pendatang baru untuk mengenali selok belok perdagangan forex, bagaimana forex didagangkan, waktu manakah yang sesuai dan sebagainya. Demo account juga menggunakan graf yang sama dalam pelaburan forex yang sebenar. Ini membantu beginner untuk menyesuaikan diri dalam pelaburan yang sebenar kelak. 

Perdagangan forex tidaklah menjanjikan kemewahan serta merta, malah 90% daripada perdagang forex "jatuh merudum" akibat kekalahan yang ditanggung. Namun ia adalah suatu cabaran yang positif. Jadilah golongan selebihnya. Semuanya datang dari diri sendiri.

Antara platform forex yang menjadi pilihan serta download link:

MetaTrader 4
instaforex