DAPATKAN APLIKASI INSTAPAPER DI ANDROID ANDA


INSTAPAPER adalah satu capaian atau aplikasi yang mudah untuk menyimpan laman web yang sedang dibaca, untuk meneruskan pembacaan kemudian. Aplikasi ini akan menyimpan laman web tersebut dan anda boleh meneruskan pembacaan walaupun dalam keadaan di luar talian atau "offline". Dan aplikasi ini dioptimumkan untuk keselesaan pembacaan pada tab atau telefon anda. 

Ia adalah sangat diperlukan sekiranya anda sedang membaca artikel yang panjang atau catatan blog yang anda berasa minat untuk membaca namun terpaksa ditangguhkan sementara. Instapaper akan membantu anda menyimpan dokumen web tersebut dan paparkan kepada anda sekiranya anda mempunyai masa untuk meneruskan pembacaan. 

Ciri - ciri Instapaper
  • Tranformasikan laman web kepada teks sahaja, dan mengubah dari susun atur yang bersaiz penuh kepada keselesaan pembacaan anda di tab atau telefon pintar.
  • Bacaan adalah bebas dari butang keluar agar tiada gangguan semasa anda membaca.
  • Kesemua laman web yang dimuat turun boleh diakses semula semasa anda diluar talian atau "offline".
** Anda boleh mendapatkan Instapaper di Google Play.